Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

PUTRAJAYA, 18 Dis. – Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri mengingatkan agar warga kerja jabatan ini melaksanakan dasar yang telah ditetapkan supaya kita tidak lari daripada landasan yang sebenar. YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad menerangkan bahawa fungsi BTN adalah menerapkan nilai-nilai murni, menanamkan semangat patriotisme, menerangkan dasar-dasar kerajaan serta isu semasa menjadi asas kepada apa yang kita lakukan selama ini. Dalam melaksanakan tugasan harian, pastikan supaya kita mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh kerajaan dengan tidak melanggar peraturan yang termaktub didalam Peraturan Am Penjawat Awam.

Beliau juga mengingatkan agar kita menggunakan saluran rasmi yang betul sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan kerana ia merupakan medium rasmi seperti surat rasmi, pekeliling kerajaan dan peraturan am penjawat awam. Media sosial bukan medium rasmi kerajaan kerana sesiapa sahaja boleh menulis mengikut selera mereka sendiri. Oleh yang demikian, tindakan kita sebagai penjawat awam yang dilantik harus menggunakan medium rasmi dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan supaya apa yang kita laksanakan dalam keadaan rasmi dan teratur. 

Beliau turut mencadangkan agar bagi pelaksanaan aktiviti pada tahun 2018, adalah menjadi hasrat kerajaan dan jabatan agar kerjasama secara National Blue Ocean Strategic (NBOS) menjadi sandaran utama agar aset yang kerajaan ada dapat digunakan secara maksimum dengan kos kewangan yang minimum antara jabatan. Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis doa selamat dan tahlil ringkas meraikan mereka yang bakal mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat. Majlis dihadiri lebih daripada 30 orang warga kerja BTN di ibu pejabat, Putrajaya. 

FOTO / Berita oleh: Seksyen Penerbitan dan Dokumentasi BTN.

 

YBhg. Datuk Ketua Pengarah mengingatkan bahawa media sosial bukan saluran rasmi kerajaan, pastikan kita ikut peraturan yang ditetapkan. 

 

 

Sebahagian daripada mereka yang hadir pada majlis ringkas berkenaan di Surau -2, Biro Tatanegara, Putrajaya pada awal pagi ini. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 April 2018

 

Go to top