Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

PUTRAJAYA, 20 Dis. – “Walaupun kini kami merupakan veteran pencen Angkatan Tentera Malaysia, namun demi mempertahankan negara ini, ia kekal hidup subur mengalir dalam darah kami.” Itulah yang diluahkan oleh Encik Mustapa Saleh yang mengetuai rombongan seramai 40 orang ke Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri bersama-sama Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Pangkor serta Isteri Bekas ATM (SRIKANDI).

Rombongan tiba pada jam 2.30 petang disambut oleh YBrs. Encik Hazli Hamzah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemimpin Masyarakat BTN dan beberapa pegawai yang lain. Dalam lawatan ini, mereka telah diberi penerangan berkaitan isu semasa negara yang menjadi perbualan hangat masyarakat dan memerlukan jawapan yang sahih daripada pihak kerajaan sendiri.

Hasil pertemuan ini, meraka dapat berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan kenegaraan dan patriotisme bersama-sama pihak BTN dan bakal menjalinkan kerjasama lagi pada masa akan datang dalam menganjurkan beberapa program. Lawatan berakhir dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai kenang-kenangan untuk dibawa bersama.

FOTO oleh: Murad Mohamad Safie

BERITA oleh: Hazli Hamzah

Encik Mustapa Saleh, ketua rombongan Veteran ATM Cawangan Pangkor berkongsi pengalaman ketika berkhidmat di bersama-sama ATM.

 

Peserta rombongan bergambar bersama-sama dihadapan pejabat BTN di Putrajaya semalam.

 

Peserta rombongan disambut oleh Encik Hazli Hamzah, Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. 

 

Penerangan berkaitan agensi diberikan penerangan oleh Encik Hazli Hamzah kepada peserta yang hadir. 

 

Sesi soal jawab turut berlangsung antara kedua-dua agensi sebagai perkongsian maklumat secara tidak langsung.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top