Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PUTRAJAYA, 22 Dis. – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama-sama ribuan umat islam dan bukan islam berhimpun dalam Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitul Maqdis di Perkarangan Masjid Putra, Putrajaya. Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik itu turut dihadiri sama lebih 1,000 rakyat Palestin dan warga negara lain berhimpun menunjukkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan umat islam seluruh dunia. Sebelum itu, khutbah Jumaat Masjid Putra mengenai Baitulmaqdis pula telah disampaikan sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Perdana Menteri, bermula dari perhimpunan ini, kita akan menghantar mesej yang jelas bahawa umat Islam di dunia ini bersatu untuk mempertahankan Baitul Maqdis. Kita akan menaja resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mempertahankan bumi Palastin dari terus dijajah oleh Israel. Kita tidak akan meminta sedekah dan pinjaman daripada mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat. Malaysia kini telah menjadi model kepada negara lain dan memiliki kekuatan dan maruah tersendiri.

Najib turut merungkai sejarah perjuangan Salahuddin Al Ayubi yang tidak membunuh orang lain, Islam tidak pernah membunuh dan memerangi agama lain. Kita memberi ruang dan peluang untuk mereka mengamalkan agama mereka secara aman dan damai. Beliau turut mengumumkan, atas cadangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, setiap minggu ketiga setiap bulan pada hari jumaat, kerajaan bersetuju akan mengadakan perhimpunan solidariti ini demi mempertahankan bumi Palestin. Pelbagai aktiviti dan pendekatan akan kita buat demi mempertahankan Al-Quds dan bumi Palestin ini untuk terus dipertahankan.

Pada hari ini, Masjid Al-Aqsa dikawal oleh orang-orang Yahudi. Jika terlepas bumi ini kepada orang Yahudi, maka kelangsungan kota suci ini kita tidak pasti lagi. Ini yang mengharukan hati kita apabila bumi ini dimiliki oleh mereka. Solidariti kita ini penting, oleh itu lupakan prinsip dan pegangan politik kita, namun niat kita adalah sama dan menjadikan isu mempertahankan Palestin ini sebagai suatu tsunami.

Katanya lagi “saya menyeru umat islam dan rakyat, tidak kira di Malaysia walaupun dimana kita berada, kita terus mempertahankan bumi Palestin. Dengan semangat kepahlawanan Salahuddin Al-Ayubi, kita akan terus selamatkan Baitul Maqadis.

Berita oleh: Mohd Zamrin Siran

FOTO: Ahmad Shukri Adnan

YAB Perdana Menteri Malaysia menyampaikan ucapan solidariti mempertahankan Baitul Maqdis Kota Suci umat Islam dunia.

 

Ribuan umat manusia berhimpun diperkarangan Masjid Putra, Putrajaya menyatakan solidariti mereka terhadap Palastin.

 

Perdana Menteri bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Duta Besar Palestin ke Malaysia dan Mufti Wilayah Persekutuan serta barisan kepimpinan parti serta NGO lain. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top