Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUNDASANG, SABAH. 25 Feb. – Seramai 122 orang kakitangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Sembilan telah berkampung selama 4 hari di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah bagi mengikuti Program Latihan Transformasi Negara anjuran Biro Tatanegara Negeri Sembilan. Program itu diselaraskan oleh Penolong Pengarah BTN Negeri Sembilan iaitu Puan Nini Noraiza Musa. Menurut beliau, objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai patriotism di kalangan penjawat awam dan membentuk jati diri di kalangan peserta. Tujuannya adalah supaya mereka dapat memahami dasar dan keperluan taat setia kepada Negara.

Menurutnya lagi, dua sesi ceramah telah disampaikan kepada kepada peserta program. Ceramah pertama disampaikan oleh Tuan Muhammad Faizal Abas, Tenaga Penggerak BTN Negeri Sembilan dengan tajuk “Transformasi Negara”. Manakala sesi ceramah kedua telah disampaikan oleh YBhg. Tuan  Abu Zarin bin Abu Hassan, Pengarah BTN Negeri Sembilan dengan tajuk “Isu Semasa dan Perlembagaan”. Lima slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dijalani oleh peserta program. Perasmian penutup program telah dilakukan oleh Tuan Razali Singah, Timbalan Setiausaha Kewangan CUEPACS Kebangsaan.

 

Gambar oleh: Nini Noraiza Musa

Tuan Razali Singah, Timbalan Setiausaha Kewangan CUEPACS Kebangsaan menyampaikan sijil kepada peserta program.

 

Peserta program melakukan aktiviti di Dataran Kem Bina Negara Kundasang di hari akhir program berlangsung. 

 

Aktiviti ice breaking bersama fasilitator BTN di dalam dewan Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top