Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUNDASANG, 01 April - Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah sedang menganjurkan Program Latihan Transformasi Negara Pegawai JPS di Kem Bina Negara Kundasang. Program bermula pada 31 Mac dan berakhir pada 02 April itu dikendalikan oleh Puan Yusnilawati Abdul Asik, Penolong Pengarah BTN Sabah. Menurut beliau, program tersebut adalah bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme serta mengukuhkan nilai tinggi sebagai penjawat awam. Selain itu ianya juga bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dalam agensi berkenaan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah BTN Sabah, YBhg. Dato Armizan bin Mohd Ali. Sepanjang program, peserta akan menjalani sesi PKPK dan perkongsian maklumat melalui sesi Wacana Minda.

 

FOTO oleh : Yusnilawati Abdul Asik

Peserta program melakukan aktiviti riadah bersama-sama barisan jurulatih daripada BTN di Dataran Kem Bina Negara Kundasang.

 

Semangat kerja berpasukan amat diperlukan dalam program ini, nilai ini juga perllu diterapkan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan kita.

 

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah merakamkan gambar kenangan bersama pegawai dan kakitangan JPS.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top