Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUNDASANG, 05 Mei– Sedang berlangsung program Latihan Transformasi Negara Pemimpin Masyarakat Kunak, di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. Program anjuran Biro Tatanegara Negeri Sabah itu dikendalikan oleh Encik Darwis Bin Dawing, Penolong Pengarah BTN Negeri Sabah. Seramai 55 orang pemimpin masyarakat daerah berkenaan telah hadir bagi mengikuti program itu dari 03 mei hingga 5 mei 2017. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nilwan Kabang, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkam Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kunak.

Menurut penyelaras program, Pengarah BTN Negeri Sabah iaitu YBrs. Dato’ Armizan Mohd Ali turut hadir menyampaikan perkongsian dalam sesi Wacana Minda bertajuk “Isu-Isu Semasa Negara”. Menurut beliau lagi, program ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dikalangan pemimpin masyarakat serta memberikan pemahaman mengenai isu semasa setempat, negeri dan nasional. Selain itu, program ini diharapkan dapat mengukuhkan ikatan diantara pemimpin melalui elemen penerapan nilai-nilai murni. Mereka turut menjalani sesi Wacana Minda bertajuk “Negara Bernama Malaysia” serta sesi PKPK dan kembara minda.

 

FOTO Oleh: Darwis Dawing

Peserta program didalam Dewan Putra 1Malaysia mendengar perkongsian yang diberikan oleh penceramah jemputan.

 

Pengarah BTN Negeri Sabah, YBhg. Dato' Armizan Bin Mohd Ali berkongsi maklumat bersama sama dengan peserta program.

 

 

Sesi riadah petang peserta bersama sama dengan barisan jurulatih program di Dataran Kem Bina Negara Kundasang, Sabah.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top