Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUNDASANG, 13 Mei– Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah Gani telah hadir merasmikan program Latihan Transformasi Khas fakulti berkenaan di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. Program berkenaan berlangsung pada 11 hingga 13 Mei 2017 dan dihadiri seramai 52 orang peserta terdiri daripada professor kanan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Ketua Penolong Pendaftar, Pensyarah serta kakitangan pengurusan fakulti. Program berkenaan dikendalikan oleh Encik Ahmad Shukri Adnan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, Biro Tatanegara.

Menurut beliau, program berkenaan dirancang dan dilaksanakan bertujuan supaya golongan professional ini memahami pelan Halatuju Negara menjelang sasaran Transformasi Nasional 2050. Selain daripada itu, program ini mampu mengukuhkan jati diri antara golongan pendidik serta pentadbir dalam mempertahankan status universiti Malaya bertaraf dunia. Kerjasama antara Universiti Malaya dan BTN ini diharapkan dapat menangani halangan serta membentuk elemen jati diri yang kukuh sebagai warganegara yang Berjaya. Peserta program telah melalui sesi PKPK, Kerohanian serta pengukuhan jatidiri.

 

FOTO Oleh : Ahmad Shukri Adnan

Penyelaras program berwifie bersama sama dengan peserta program di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah.

 

Sesi riadah peserta program menghirup udara nyaman di sekitar Kem Bina Negara Kundasang, Sabah

 

Sesi pengukuhan peserta program bersama sama barisan fasilitator di dalam Dewan Putra 1Malaysia, KBN Kundasang, Sabah.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top