Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUNDASANG, 13 Mei – Kelab Sukan dan Kebajikan (KESBI) Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sabah telah menganjurkan program jelajah ‘Nulu’ Tinorindak, Kundasang, Sabah yang diketuai oleh Encik Mohammad Syahffie Japril, Penolong Pengarah Kanan BTN Sabah. Program berkenaan disertai oleh ahli KESBI dan Kelab Berbasikal BTN Sabah seramai 17 orang. Tujuan program berkenaan dianjurkan adalah untuk meningkatkan semangat jati diri peserta serta menguji ketahanan mental dan fizikal mereka dan meningkatkan semangat kerja berpasukan. Dalam masa yang sama, mereka diajar bagaimana untuk menghargai alam ciptaan tuhan dan bersyukur atas nikmat yang diberi.

 

FOTO Oleh: Syahffie Japril

Semangat kerja berpasukan peserta program mampu memberikan impak kerja yang positif di tempat kerja.

 

Peserta program tiba di puncak Koimpa Laut dengan semangat serta kerjasama antara mereka.

 

Walau letih, namun gembira jelas terpancar diwajah mereka dimana program seperti ini mampu mengeratkan hubungan antara mereka.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top