Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUNDASANG, 20 Mei– Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PUSPEK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) telah menanjurkan program Latihan Transformasi Negara Kakitangan UniMAP di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. Program 4 hari itu berlangsung pada 17 hingga 20 Mei dihadiri seramai 35 orang pegawai dan dikendalikan oleh Encik Mohd Hisyamuddun Basabah, Penolong Pengarah BTN. Hadir merasmikan program berkenaan Prof. Madya Dr.Idris Mohd Noor, Pengarah PUSPEK.

Menurut penyelaras program, peserta berjaya meningkatkan motivasi dalam melaksanakan tugas serta membina kejelekitan antara mereka. Akhirnya peserta diberikan kesedaran bahawa kuasa dan keamanan yang dicapai pada hari ini harus dikekal dan dipertahankan. Mereka telah mengikuti Wacana Minda dan sesi PKPK yang menjurus kepada pembagunan sahsiah dan solidariti sebagai rakyat Malaysia. Program ini tercetus hasil daripada lawatan tiga hari Ketua Pengarah BTN ke Negeri Perlis bulan lalu.

 

FOTO Oleh: Mohd Hisyamuddun Basabah

Aktiviti PKPK bersama sama barisan fasilitator. Turut menyertai program berkenaan adalah Pengarah PUSPEK, UniMAP (bertopi)

 

 Prof. Madya Dr.Idris Mohd Noor menyampaikan perkongsian beliau dalam slot Wacana Minda di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Kundasang.

 

Peserta menyelesaikan tugasan dalam sesi kembara minda sekitar KBN Kundasang.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top