Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUNDASANG, 23 Julai –Seramai 178 orang warga pendidik Daerah Kota Marudu, Sabah dimantapkan melalui program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 julai ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia. Menurut beliau, peranan sebagai warga pendidik ini harus dihayati dan dijiwai supaya apa yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia tercapai dan dirasai oleh rakyat kita. Program yang dikendalikan oleh Encik Mohammad Syahffie Japril, Penolong Pengarah Kanan, Biro Tatanegara Negeri Sabah mengatakan bahawa program ini melibatkan pegawai pelajaran daerah, pengetua dan guru besar sekolah, penolong kanan, Majlis Pengetua, Majlis Guru Besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Daerah Kota Marudu, Sabah.

Melalui tema Hari Guru peringkat kebangsaan iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”, mereka ini telah ditingkatkan semangat patriotisme serta dibantu dalam pembinaan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga pendidik. Sesi Bersama Tokoh telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wetrom @Mohd Fikry Bahanda, Ketua Bahagian Kota Marudu yang turut sama berkongsi pengalaman dan dapatan beliau. YBhg. Datuk Rodzi Mohd Saad, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara pula telah menyampaikan Wacana berkaitan ancaman keselamatan negara manakala YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara lebih menyentuh soal “Jiwa Patriotik Dalam Warga Pendidik”. Hadir sama pada program ini adalah YM, Datu Akdan Datu Basran, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu, Sabah. Beliau turut serta bersama-sama mengikuti setiap sesi dengan peserta program yang lain.

 

FOTO Oleh: M. Syahffie Japril

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia disambut oleh peserta program ketika hadir di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah.

 

YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili ketika menyampaikan ucapan perasmian program di KBN Kundasang, Sabah.

 

YBhg. Datuk Ketua Pengarah BTN turut hadir menyampaikan perkongsian beliau bersama-sama warga pendidik Kota Marudu, Sabah.

 

Peserta program bergambar bersama-sama urus setia program di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top