Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

TAWAU, 12 Ogos – Lebih 100 orang peserta telah hadir ke program Seminar Cinta Malaysia anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sabah dengan kerjasama Ketua Peneroka Felda Negeri Sabah. Program telah berlangsung di Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda dikendalikan oleh Encik Darwis Dawing, Penolong Pengarah BTN Negeri Sabah dihadiri oleh Pemimpin Masyarakat Felda Umas, Tawau dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Hamisah Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu merangkap Pembantu Menteri Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Negeri Sabah.

Dalam program ini, Datuk Hamisah mengharapkan agar peserta program sentiasa menerapkan semangat cintakan negara dan membentuk solidariti ummah dalam setiap gerakan wanita melaksanakan program. Penyelaras program sendiri telah menyampaikan wacana minda bertajuk ‘isu-isu semasa dan kenegaraan. Manakala wacana minda kedua disampaikan oleh Puan Nora Abdurahim, Tenaga Pengerak BTN Negeri Sabah dengan tajuk ‘Negara Bernama Malaysia’.

FOTO Oleh: Darwis Darwing

YB Datuk Hjh Hamisah Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu bergambar bersama-sama peserta program.

 

Encik Darwis Darwing, Penolong Pengarah BTN Negeri Sabah menyampaikan perkongsian beliau dengan peserta program.

 

Pemuafakatan peserta program dilakukan diakhir program demi menyatakan bahawa mereka sentiasa bersatu dalam satu pasukan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top