Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LAHAD DATU, 13 Ogos – Kedaulatan negara ini harus dipertahankan dan peranan semua pihak dalam mengekalkannya amat penting. Dalam menjelaskan hal ini, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sabah dengan kerjasama UPPM Tungku dan Kelab Rukun Tetangga Mundas Tungku telah menganjurkan Seminar Cinta Negara di Pusat Latihan Islam Lahad Datu. Program diselaraskan oleh Encik Darwis Dawing ini telah dihadiri oleh Pemimpin Masyarakat sekitar, Ahli KRT, Pengerusi Belia dan Ketua-Ketua Kampung dengan kehadiran lebih 100 orang peserta. Program telah dirasmikan oleh YB. Datuk Nasrun Datu Mansur, Ahli Parlimen Silam merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. Dalam ucapan perasmian program, Datuk Nasrun mengingatkan kepada mereka yang hadir bahawa kedaulatan negara ini perlu dipelihara dan dijaga sebaik mungkin. Jangan ada musuh dalam selimut sehingga menyebabkan peristiwa di Lahad Datu berulang kembali. 

FOTO Oleh: Darwis Dawing

Ahli Parlimen Silam bergambar bersama-sama peserta program setelah selesai program Seminar Cinta Negara.

 

Sebahagian daripada peserta program yang hadir terdiri daripada Pemimpin Masyarakat setempat.

 

Perasmian program oleh YB Datuk Nasrun Datu Mansur, Ahli Parlimen Silam.

 

Penyelaras Program Encik Darwis Dawing, Penolong Pengarah BTN Negeri Sabah berkongsi maklumat dengan peserta program. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top