Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUNDASANG, 24 Sept. – Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negera melibatkan 40 orang Guru Besar Daerah Seremban. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Phkarudin Hj. Ghazali, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dibawah kendalian Encik Kamarulariffin Harun@Halim, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Sembilan. Beliau turut berkongsi rasa bangga kepada warga pendidik Negeri Sembilan yang berusaha menjadikan profesonalisme perguruan kearah pembinaan modal insan yang patriotik. Proses pembentukan negara berdaulat ini telah diterapkan kepada peserta sepanjang program berlangsung pada 21 hingga 24 September 2017 di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. Hadir sama menyampaikan perkongsian mengenai isu semasa adalah YBhg. Tuan Abu Zarin Abu Hasan, Pengarah BTN Negeri Sembilan.

FOTO Oleh: Kamarulariffin Harun@Halim

Pengarah BTN Negeri Sembilan (duduk, kanan) bersama-sama Pegawai PPN Negeri Sembilah bergambar bersama-sama peserta.

 

Aktiviti ice breaking peserta program bersama-sama dengan barisan fasilitator jemputan di Kem Bina Negara Kundasang.

 

Tekun mendengar perkongsian daripada Pengarah BTN neger Sembilan di Dewan Putra 1Malaysia.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top