Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PAPAR, 05 Nov. – Seramai 163 pemimpin masyarakat kawasan Kawang telah hadir ke program Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sabah dibawah kendalian Encik Darwis Dawing, Penolong Pengarah BTN. Program berlangsung di Dewan Kg. Santing, Papar dan dirasmikan oleh  YB Datuk Hj. Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah berangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Kawang. Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Datuk Juil Nuatim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat dan Encik Hadi Kassim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk Hjh. Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin.

Menurut penyelaras program, peserta telah dilatih kemahiran komunikasi berkesan serta meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan sebagai seorang pemimpin kepada masyarakat. Selain itu, penerapan nilai dan semangat kenegaraan turut disampaikan kepada mereka serta penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan.

FOTO Oleh: Darwis Dawing

Peserta program bergambar kenang-kenangan bersama-sama tetamu VVIP yang hadir pada program berkenaan.

 

Tetamu VVIP melawat pameran hasil dapatan daripada peserta-peserta program yang menyertai program berkenaan. 

 

Sebahagian daripada peserta program yang hadir pada program berkenaan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top