Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEMPORNA, 09 Nov. – Pilihanraya Umum Ke-14 menjadi medan terbaik kepada bakal calon untuk menumpahkan taat setia kepada negara ini dan rakyatnya terutama sekali dalam menyemai nilai sayang negara kepada pengundi. Biro Tatanegara yang menjalankan misi ‘Peneraju Patriotisme Negara’ telah menganjurkan Seminar Cinta Negara Pemimpin Masyarakat kawasan Semporna di Dewan Seni Inabah, Kamal, Semporna, Sabah dibawah kendalian Encik Darwis Dawing, Penolong Pengarah BTN Negeri Sabah. Dalam program berkenaan, seramai 124 orang peserta program telah hadir mengikuti aktiviti yang dianjurkan sepanjang program. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Senalang merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Negeri Sabah (SEDCO).

Menurut penyelaras program, peserta telah diberikan pendedahan berkaitan isu semasa negara berteraskan Perlembagaan Persekutuan serta disemai nilai patriotisme dalam diri mereka. Struktur pentadbiran kerajaan dan Malaysia dijelaskan secara terperinci agar mereka faham dan memainkan peranan penting dalam proses pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hal ini penting kerana peranan rakyat dalam menentukan masa depan negara sangat mengutamakan ketelusan dan kerja buat yang banyak dan berkesan. Tenaga Penggerak BTN Negeri Sabah iaitu Encik Abdul Ghani Kaji telah hadir menyampaikan ceramah bertajuk ‘Negara Bernama Malaysia’. Manakala penyelaras program turut menyampaikan ceramah mereka dengan tajuk ‘Senario Politik Semasa Negara’.

FOTO & Berita oleh: Darwis Dawing

Lagu Negaraku dinyanyikan sebagai pembuka kepada Program Seminar Cinta Negara Pemimpin Masyarakat Semporna, Sabah.

 

Peserta program bergambar bersama-sama barisan VVIP yang hadir pada program berkenaan. 

 

Peserta program mendengar perkongsian ilmu daripada Tenaga Penggerak BTN Negeri Sabah. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 April 2018

 

Go to top