Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MIRI, 15 Apr. – Hubungan masyarakat terasa lebih dekat dengan kerajaan apabila mereka diberi perhatian yang lebih baik melalui penganjuran pelbagai program. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zon Utara Negeri Sarawak dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Khas Khidmat Komuniti di Kampung Selanyau, Bekenu, Miri, Sarawak. Program dua hari bermula pada 14 hingga 15 April 2018 itu telah dirasmikan oleh YB. Ripin Bin Lamat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lambir.

Menurut penyelaras program yang juga merupakan Pemangku Pengarah BTN Negeri Sarawak Encik Yunus @ Gani Hj. Taib, program berkenaan telah disertai lebih 200 orang melibatkan pegawai JPJ Zon Utara serta masyarakat setempat. Pelbagai pengisian program telah dibuat antaranya adalah wacana kenegaraan, gotong royong, latihan kecergasan serta khidmat nasihat dan sesi dialog bersama pihak JPJ.

Program ini berjaya mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan agensi kerajaan serta perkongsian maklumat antara agensi kerajaan. Dalam masa yang sama, program ini memberi ruang kepada agensi yang terlibat mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai sosio budaya masyarakat disitu serta membantu masyarakat setempat meringankan beban mereka.

Hadir sama pada program berkenaan adalah Kr. Sharkawi Suhaily dan Kr. Hj. Julani Mokhtar, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak; Hj. Husaini Bekir, Pegawai Daerah Subis dan Encik Eric Joishen, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak.

BERITA / FOTO Oleh: Mohammad Syahril Bin Kipli

 

YB. Ripin Bin Lamat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lambir bersama-sama Pemangku Pengarah BTN Negeri Sarawak menandatangani buku pelawat.

 

Sebahagian daripada mereka yang hadir pada program berkenaan di Kampung Selanyau, Bekenu, Miri, Sarawak.

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top