Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

LUNDU, 28 April – Bagi memastikan keharmonian dalam negara ini sentiasa terjamin dan dipelihara, nilai patriotik yang tinggi perlu ada dalam setiap diri sesiapa sahaja. Tidak mengenal agama, keturunan serta pegangan fahaman politik sekalipun, ianya perlu sentiasa kekal subur dalam diri mereka.

Hal ini dijelaskan lebih mendalam lagi dalam Program Latihan Transformasi Negara Birokrat, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu, Sarawak. Program dikendalikan oleh Cik Ummi Nadrah Razali, Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak dan telah disertai oleh 63 orang pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Julyus Melvin Mobilik, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak. Program ini lebih menjurus kepada pembangunan potensi diri dan penerapan nilai-nilai murni dalam mengurus tadbir organisasi.

BERITA / FOTO Oleh: Ummi Nadrah Razali

 

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top