Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SIBU, 03 Mei – Seramai lebih 140 orang guru-guru dan kakitangan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sibu berhimpun di Dewan Teater Sekolah Kebangsaan Cina Thai Kwang bagi menikuti program Seminar Cinta Negara Penjana Modal Insan anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak. Program tersebut diselaraskan oleh YBrs. Cik Ummi Nadra binti Hj. Razali, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Sarawak dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan John Francis a.k Untau, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Sarawak.

Menurut penyelaras program, penerapan nilai-nilai murni berasaskan semangat patriotik dan kenegaraan diterapkan dalam diri peserta program yang hadir. Turut disentuh beberapa perkara berkaitan isu semasa negara serta dasar-dasar kerajaan semasa. Hadir sama menyampaikan perkongsian adalah Tuan Husahari bin Jame, serta Osman bin Nawi, Tenaga Penggerak BTN Negeri Sarawak.

BERITA / FOTO Oleh : Ummi Nadra Razali

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top