Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

LUNDU, SARAWAK. 25 Feb. – Melalui kerjasama strategik dua agensi iaitu Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak dan Majlis Islam Sarawak telah berjaya menghimpunkan seramai 100 orang ahli majlis berkenaan dalam Program Latihan Transformasi Negara Birokrat bertempat di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu, Sarawak. Program 3 hari bermula pada 23 Februari ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, YBhg.Datuk Hj.Misnu bin Hj.Taha.

Menurut Penyelaras Program Cik Ummi Nadra Razali, program ini bertujuan untuk membentuk jati diri peserta dalam elemen kenegaraan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam organisasi berkenaan. Peserta juga telah diberikan penjelasan mengenai isu semasa dan dasar kerajaan melalui wacana minda yang disampaikan oleh Penyelaras Program dan Tuan Rafi bin Taizel, Tenaga Penggerak BTN Negeri Sarawak. Sesi Tazkirah Subuh dan Maghrib telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Syarifuddin Abd Kadir dan Tuan Mohammad Ihsan Hj. Haidzir, juga Tenaga Penggerak BTN Negeri Sarawak. Peserta juga mengikuti 5 slot PKPK sepangang program berlangsung.

 

Gambar oleh : Ummi Nadra Razali

 

Peserta program membacakan ikrar integriti dihadapan YDP Majlis Islam Sarawak, YBhg. Datuk Hj Misni Hj Taha.

 

 

Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak iaitu YBhg. Datuk Hj. Misnu Hj. Taha di KBN Sampadi, Sarawak.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top