Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BAU, SARAWAK, 29 Mac – Walaupun terletak agak jauh di pedalaman Negeri Sarawak, warga pendidik Daerah Bau tidak mahu ketinggalan dalam mempertahankan negara ini daripada anasir yang tidak sepatutnya sehingga menyentuh sensitiviti rakyat Sarawak. Hal ini diterjemahkan oleh peserta Seminar Cinta Negara Modal Insan yang dikendalikan oleh Cik Ummi Nadrah Hj Razali, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak. Menurut beliau, lebih kurang 200 orang peserta terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru-Guru dan kakitangan sokongan sekolah dalam Daerah Bau telah hadir mengikuti program ini. Program dilaksanakan di Dewan Suarah Bau, Sarawak.

Menurut beliau lagi, program ini bertujuan untuk menerapkan semangat patriotik di kalangan peserta yang hadir disamping menjelaskan lebih terperinci mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan terutamanya mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50). Hadir sama membentangkan dapatan adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN yang membincangkan mengenai Isu Semasa Negara dah Tuan Mohd Hasan Mohamed, Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan yang membentangkan dapatan beliau mengenai “Negara Berdaulat”. Hadir sama pada program berkenaan adalah Encik Les Anak Met, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Bau mewakili Pengarah Pendidikan Daerah Bau.

 

FOTO oleh : Cik Ummi Nadrah Razali

Sebahagian daripada mereka yang hadir dalam Program Seminar Cinta Negara yang berlangsung di Dewan Suarah Daerah Bau, Sarawak.

 

Encik Les Anak Met, Pegawai PPD Bau dah Tuan Mohd Hasan, Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan bersama sama menyanyikan lagu "Negaraku"

 

Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Hj. Saad, Ketua Pengarah BTN menyampaikan dapatan beliau kepada peserta program di Dewan Suarah Bau. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top