Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BARAM, 05 Mei– Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak telah menganjurkan program Seminar Cinta Negara melibatkan peserta seramai 125 orang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar serta Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah-Sekolah Daerah Baram. Program kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Baram ini berlangsung di Pusat Kegiatan Guru, Marudi Baram itu diselaraskan oleh Cik Ummi Nadra Hj. Razali, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak.

Menurut beliau, program yang dilaksanakan itu bertujuan untuk membentuk jati diri peserta melalui elemen kenegaraan supaya dapat meningkatkan semangat patriotisma dikalangan mereka. Dalam masa yang sama, dalam program itu juga dijelaskan beberapa perkara melibatkan isu-isu semasa negara. Penyelaras program turut menyampaikan wacana minda bertajuk “Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia”. Hadir sama menyampaikan wacana minda bertajuk “Solidariti Bangsa” adalah Encik Awang Amlu Awang Mohammad, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak.

 

FOTO Oleh: Ummi Nadra Razali

Wacana Minda bertajuk "Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia" disampaikan oleh penyelaras program sediri di PPD Baram.

 

Pegawai BTN Negeri Sarawak bergambar bersama sama dengan pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baram.

 

Sebahagian daripada peserta yang hadir terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan GPK Sekolah-Sekolah dalam Daerah Baram.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top