Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SAMPADI, 19 Mei– Seramai 63 orang kakitangan Kementerian Sumber Manusia dari pelbagai gred jawatan dari 11 hingga 48 telah mengikuti program Latihan Transformasi Negara Birokrat di Kem Bina Negara Sampadi, Sarawak. Program dikendalikan oleh Cik Hazulia Arni Abdul Hadi itu telah dirasmikan oleh Cik Nor Haslina Abdul Hardy, Ketua Penolong Setiausaha kementerian berkenaan. Nilai-nilai murni penjawat awam diterapkan kepada peserta program supaya semangat patriotik serta kerja berpasukan dapat dihayati bersama. Mereka dilatih melalui pendekatan PKPK, Wacana Minda, Riadah dan Tazkirah.

 

 

FOTO Oleh: Hazulia Arni Abdul Hadi

Sesi riadah peserta program menyelusuri keindahan pantai Sampadi, Sarawak.

 

Aktiviti marker terbang salah satu tools utk komunikasi yang digunapakai pada program kali ini bersama Kementerian Sumber Manusia.

 

Pemahanam peserta berkenaan Perlembagaan Persekutuan juga turut diterapkan agar mereka faham bidang dan tanggungjawab sebagai rakyat.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top