Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUCHING, 25 Mei– Biro Tataneagra (BTN) Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, dan Institut Wasatiyyah Malaysia telah bersama sama menganjurkan Program Khas bersama warga pendidik Negeri Sarawak. Program berlangsung di Auditorium Sekolah Seni Malaysia, dihadiri seramai 3 lebih kurang 300 orang peserta, terdiri daripada Ketua Sektor, Ketua Unit, Ketua Penolong Pengarah, Pengetua dan Guru Besar, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

 

Program ini dianjurkan bertujuan untuk membentuk jati diri melalui elemen kenegaraan sert meningkatkan semangat patriotisme di kalangan mereka. Isu semasa negara turut diperjelaskan dengan apa yang kerajaan telah dasarkan terutama melalui penghayatan nilai wasatiyyah. Hadir menyampaikan perkongsian mereka adalah YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan YBhg. Dato Mohd Yusof Din, Pengarah Institut Wassatiyyah Malaysia.

 

FOTO Oleh: Ummi Nadrah Razali

Barisan urus setia bergambar kenang kenangan bersama sama penceramah jemputan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak.

 

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada program Seminar Cinta Negara di Kuching, Sarawak.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top