Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARUDI, 17 Ogos – Negeri Sarawak tidak mampu untuk bangkit sendirian tanpa bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan. Tahun 1963 merupakan sejarah hidup bagi negeri ini kerana satu perubahan besar berjaya kita zahirkan melalui pembentukan Malaysia. Bagi menyelusuri sejarah perjuangan bangsa itu, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan mengedarkan Jalur Gemilang dan pelancaran program tersebut bersama guru-guru daerah Marudi. Program berlangsung di Dewan Serbaguna SMK Telang Usan, Marudi, Baram, Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Gerawat Jala, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mulu merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak. Hadir sama beberapa tetamu jemputan khas lain serta Pemangku Pengarah BTN Negeri Sarawak, Encik Yunus@ Ghani bin Taib.

FOTO Oleh: Awang Amli Awang Muhammad

Pemangku Pengarah BTN Negeri Sarawak (dua dari kiri) bersama-sama barisan VIP lain dalam Majlis Ambang Merdeka 2017.

 

Maka bermulalah sambutan Bulan Kebangsaan serentak seluruh negeri Sarawak anjuran BTN Negeri Sarawak.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top