Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SARIKEI, 24 Ogos –Perjalanan mencapai kemerdekaan Sarawak melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah satu perjalanan yang amat sukar. Kita terpaksa berkorban banyak nyawa kerana penjajah telah menguasai negeri ini dengan memegang kepimpinan negeri silih berganti serta mengaut kekayaan Sarawak. Perjuangan datuk nenek kita yang berjuang mencapai persetujuan telah mengeluarkan kita dari cengkaman penjajah dan ianya perlu dihayati dan disyukuri. Yang Berusaha Residen Sarikei, Tuan Mohammad Junaidi Mohidin berkata demikian ketika merasmikan program Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tataneagra Negeri Sarawak di Dewan Sri Nyelong Sarikei. Kakitangan pelbagai gred sawatan dibawah Pejabat Residen Sarikei seramai 200 orang telah hadir dalam program berkenaan. Turut hadir menyampaikan perkongsian adalah YBhg. Tuan Yunus@Ghani Taib, Pemangku Pengarah BTN Negeri Sarawak dengan tajuk “Erti Kemerdekaan” dan Encik Awang Amli Awang Mohammad, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak dengan tajuk “Solidariti Bangsa”.

FOTO Oleh: Awang Amli Awang Mohammad

Residen Sarikei (kiri) menerima Jalur Gemilang daripada Pemangku Pengarah BTN Negeri Sarawak sebagai simbolik penyerahan menyambut Hari Malaysia.

 

Peserta yang hadir pada program berkenaan anjuran BTN Negeri bersama dengan kerjasama Pejabat Residen Sarikei.

 

Penceramah berselfie bersama sama dengan Residen Sarikei setelah selesai sahaja program berlangsung.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top