Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SAMPADI, 24 Sept. – Seramai lebih 160 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berkampung di Kem Bina Negara Sampadi pada 22 hingga 24 September 2017 bagi mengikuti program Latihan Transformasi Mahasiswa UNIMAS. Program ini dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sarawak dibawah kendalian Encik Awang Amli Awang Mohammad, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak melibatkan peserta tahun pertama universiti berkenaan. Penghayatan kenegaraan dan erti kemerdekaan negara telah diterapkan dalam jiwa peserta program dan disampaikan oleh Encik Faizal Lamat, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak.

FOTO Oleh: Awang Amli Awang Mohammad

Penyelaras program bersuafoto bersama-sama peserta program ketika sesi riadah petang di Pantai Kem Bina Negara Sampadi, Sarawak.

 

Peserta program bersama-sama urus setia program merakamkan kenangan di Dewan Putra 1Malaysia.

 

Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak menyampaikan perkingsian beliau bersama-sama mahasiswa UNIMAS.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top