Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SAMPADI, 28 Sept. – Dalam usaha mentransformasikan penjawat awam ke arah budaya kerja cemerlang, Biro Tatanegara (BTN) dengan kerjasama Jabatan Laut Wilayah Sarawak telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara kakitangan mereka dari pelbagai gred jawatan. Program tersebut telah berlangsung pada 26 hingga 28 september 2017 di Kem Bina Negara Sampadi, Sarawak dengan kehadiran peserta seramai 30 orang dibawah penyeliaan Encik Awang Amli Awang Mohammad, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak. Hadir merasmikan program tersebut adalah YBrs. Tuan Khairul Anwar Sakawi, Pegawai Kanan Jabatan Laut Wilayah Sarawak. Hadir sama berkongsi maklumat dan dapatan adalah Tuan Mahdar Bujang, Tenaga Penggerak BTN Negeri Sarawak yang memfokuskan Dasar Transformasi Negara 2050 (TN50) serta isu semasa berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

FOTO Oleh: Awang Amli Awang Mohammad

Penyelaras Program (duduk lima dari kanan) bergambar bersama-sama peserta program di Dewan Putra 1Malaysia.

 

Pemantapan peserta program melalui modul Smart Tunnel berasaskan terowong bawah tanah ketika Perang Vietnam- Amerika.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top