Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LUNDU, 01 Okt. – Dalam melahirkan generasi Malaysia yang terdidik dengan sikap rohani yang tinggi budi pekertinya, perana guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) aman penting kerana mereka asas penggerak dari peringkat awal kanak-kanak. Untuk itu, Biro Tataneagra (BTN) Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara guru-guru KAFA di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu Sarawak. Program dibawah kendalian Cik Ummi Nadrah Hj. Razali, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak ini berlangsung pada 29 september hingga 1 oktober 2017 dan dihadiri seramai 94 orang peserta. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Latif Hj. Loja, Ketua Penolong Pengarah JAKIM Negeri Sarawak. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa peranan besar guru-guru KAFA ini sangat dipandang tinggi masyarakat. Oleh itu, mereka perlu juga mengetahui asas kenegaraan serta dasar negara agar apa yang kita sampaikan selari dengan hasrat kerajaan.

FOTO Oleh: Ummi Nadrah Razali

Penyelaras Program bersama-sama salah sorang peserta program dalam sesi ice breaking, di KBN Sampadi.

 

Peserta program bergambar bersama-sama barisan Urus Setia program di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Sampadi.

 

Sebahagian daripada guru-guru KAFA Negeri Sarawak yang hadir pada program berkenaan.

 

Sebahagian daripada guru-guru KAFA Negeri Sarawak yang hadir pada program berkenaan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top