Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUCHING, 05 Nov. – Dalam melahirkan generasi guru yang berkualiti, penerapan nilai moral, etika dan pemikiran positif menjadi elemen penting dalam diri mereka. Maka melaluinya, program Latihan Transformasi Negara dianjuran oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) di Pusat Latihan Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2 hingga 5 November 2017 melibatkan 44 orang guru besar seluruh Negeri Sembilan. Program telah diselaraskan oleh Encik Kamarulariffin Harun, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Pkharuddin Hj. Ghazali, Pengarah JPNS.

Menurut penyelaras program, peserta telah dibantu melalui kesedaran dan pemahaman terhadap pengetahuan kenegaraan dan kepentingan semangat patriotisme. Maka secara tidak langsung, usaha ini berjaya menggerakkan mereka selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak tiga sesi wacana minda telah dilalui oleh peserta program meliputi tajuk ‘Realiti dan Kematangan Politik’, ‘Isu Semasa dan Perlembagaan’ dan ‘Kearah Modal Insan Yang Gemilang’.

FOTO Oleh: Kamarulariffin Harun

Sesi ice breaking dilaksanakan bagi membina kejelekitan antara peserta program di Dewan Pusat Latihan Sarawak, Kuching.

 

Peserta program mendengar perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan, Tenaga Penggerak BTN Negeri Sembilan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top