Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LUNDU, 25 Jan. – Bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia terus dalam landasan sepertimana dirancang, Biro Tatanegara Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Pengetua Malaysia Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Latihan Transformasi Negara melibatkan 40 orang Pengetua seluruh Negeri Sembilan.

Program ini telah berlangsung di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu, Sarawak pada 22 hingga 25 Januari 2018 dibawah kendalian Encik Kamarulariffin Harun, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Sembilan. Penganjur bersama program ini adalah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dimana pengarahnya sendiri iaitu YBhg. Tuan Pkharuddin Hj. Ghazali turut hadir pada program tersebut dalam upacara perasmian ringkas.

Program ini telah memberi kesedaran kepada mereka dalam pemahaman berkaitan pengetahuan kenegaraan dan kepentingan semangat patriotisme untuk disuntik sama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pembangunan nilai yang berkaitan moral, etika dan sikap positif amat perlu kerana pada hari ini pelbagai isu timbul dikaitan dengan masalah sosial pelajar sekolah sama ada diperingkat rendah mahupun menengah.

Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Tuan Abu Zarin Abu Hasan, Pengarah BTN Negeri Sembilan yang turut sama berkongsi pengalaman dan dapatan beliau kepada semua peserta yang hadir.

BERITA / Foto oleh: Kamarulariffin bin Harun@Halim

 

Peserta program menyanyikan lagu patrotik bersama-sama barisan urus setia di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Sampadi, Sarawak.

 

Mereka yang hadir bergambar kenang-kenangan di Kem Bina Negara Sampadi, Sarawak dalam program berkenaan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top