Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KLANG, 29 Mac – Perlembagaan Persekutuan memberikan penjelasan terperinci sistem dan corak pemerintahan negara ini. Amalan ‘Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan’ memberi ruang kepada rakyat untuk mentadbir negara ini secara bersama-sama dengan kerajaan yang dipilih untuk memerintah. Manakala, penjawat awam merupakan tulang belakang kepada kerajaan ini dalam memastikan rakyat menerima apa yang didasarkan oleh kerajaan.

Bagi menjelaskan secara terperinci perkaitan ini, satu Program Latihan Transformasi Negara Guru-Guru Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu dibawah kendalian Encik Mohd Zuhairi Mohd Kamal, Penolong Pengarah BTN Negeri Terengganu. Pada siri kedua, seramai 109 orang guru-guru daripada Marang dan Hulu Terengganu telah berkampung di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang Selangor bagi mengikutinya.

Sepanjang program tiga hari bermula pada 27 hingga 29 Mac 2018 itu, peserta program dibekalkan dengan pelbagai maklumat asas, namun jika dikaji secara mendalam, ianya amat penting bagi seorang guru kepada masa dapan negara. Peranan guru bukan hanya mendidik anak bangsa, malah guru berperanan memastikan agar pembangunan masa depan sosial anak bangsa terus diperkukuh melalui hubungan mereka dengan masyarakat.

Perasmian pembukaan program telah dilakukan oleh YBhg. Tuan Hj. Mat Sor Ismail, Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Manakala perasmian penutup program telah dilakukan oleh YB. Hj. Bazlan Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Transformasi, Kerajaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Batu Rakit. Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Tuan Yuseri Isa, Pengarah BTN Negeri Terengganu yang turut berkongsi pengalaman dan dapatan beliau.

BERITA / FOTO Oleh: Mohd Zuhairi Mohd Kamal

 

Peserta program bergambar kenangan bersama-sama tetamu VIP di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang, Selangor.

 

Perasmian penutup program oleh YB. Hj. Bazlan Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Transformasi, Kerajaan Negeri Terengganu.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top