Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 29 Mac – Hampir 61 tahun kita merdeka, kita bangunkan negara ini penuh dengan perit jerih, peluh keringat, tawa dan tangisan. Nikmat keamanan dan perpaduan dalam negara ini bukan mudah untuk kita perolehi dan kekalkan. Menjadi tanggungjawab semua pihak memelihara apa yang kita ada pada hari ini dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Peranan pendidik sangat besar dalam melahirkan modal insan berkualiti.

Melalui Program Latihan Transformasi Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor, seramai 68 orang kakitangan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah berkampung di Kem Bina Negara Gunung Pulai bagi mengkhadamkan nikmat yang kita ada pada hari ini. Program dibawah kendalian Puan Norhaslinda Nordin, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Selangor ini adalah kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kenegaraan dan isu semasa negara. Antara isu utama diperbincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Untuk membentuk perlembagaan ini bukan sesuatu yang mudah, kesan daripada penjajahan lebih 400 tahun, kini kita baru sahaja merdeka selama hampir 61 tahun. Maka menjadi harapan dan tanggungjawab semua pihak untuk mengekalkannya.

Hadir sama pada program berkenaan adalah YBrs. Tuan Hj. Shamsudin Samudi, Mantan Pengarah BTN Negeri Johor yang berkongsi pengalaman dan dapatan beliau kepada peserta program yang hadir. Pelbagai isu dibangkitkan oleh peserta program supaya pemahaman mereka lebih jelas. Program penangguhan telah dilakukan oleh YBhg. Tuan Mohd Zamree bin Kahar, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor yang juga mantan Pengarah BTN Negeri Selangor.

BERITA / FOTO Oleh: Norhaslinda Nordin

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top