Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SHAH ALAM, 12 Apr. – Usaha kerajaan pada hari ini dalam melakukan transformasi terutama sekali dalam sektor perkhidmatan penjawat awam menghadapi cabaran yang lebih kompleks. Ada sesetengah pihak menafikan apa yang ditransformasikan oleh kerajaan. Namun, kesan transformasi tersebut kini mula dirasai oleh rakyat dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Sebagai contoh Urban Transformation Centre (UTC) dan Rural Transformation Centre (RTC) yang diperkenalkan kerajaan sangat-sangat membantu dalam urusan seharian rakyat.

Hal ini perlu dijelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam membawa gelombang transformasi ini kepada rakyat dan selaku penjawat awam, menjadi tanggungjawab mereka memberi penerangan jelas tentang kemudahan dan menyalurkan maklumat benar. Perkara-perkara ini dijelaskan secara terperinci pada Program Guru Pembina Negara Bangsa : Konvensyen Pendidikan Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor 2018. Seramai lebih 800 orang warga pendidik hadir ke program ini yang telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Hj. Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Intekma Resort, Shah Alam.

Menurut penyelaras program, Puan Norhaslinda Nordin yang juga Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor, program ini merupakan hasil kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Guru Aktif 1 Selangor (GAIS), Guru Muda 1 Malaysia (GM1M), Unit Perancangan Ekonomi (ICU) serta BTN sendiri. Dalam program berkenaan, pelbagai inisiatif yang kerajaan sediakan buat rakyat diperjelaskan secara terperinci. Selain daripada itu, beberapa isu menjadi persoalan warga pendidik dijelaskan dan dijawab oleh mereka yang dipertanggungjawabkan.

Antara mereka yang hadir berkongsi pengalaman dan dapatan adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN, Encik Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan YBhg. Prof Tan Sri Dato Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Peserta program sangat berpuas hati terhadap program berkenaan kerana input yang disampaikan sangat-sangat berguna serta membantu mereka. Hadir sama pada program berkenaan Pemangku Pengarah BTN Negeri Selangor, YBrs. Encik Safrul Kadir.

BERITA / FOTO Oleh: Norhaslinda Hj. Nordin

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top