Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA SELANGOR, 18 Apr. – Isu negara perlu difahami secara mendalam bukan hanya diterima bulat-bulat daripada medium sosial sediada kerana peranan warga pendidik bukan hanya di sekolah, malah menjadi mata, telinga dan mulut kepada kerajaan memerintah. Apa yang berlaku pada hari ini menjadi cabaran warga pendidik apabila media sosial disalahgunakan sehingga menyebabkan penyebaran berita tidak benar melaluinya.

Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) dan beberapa agensi lain memainkan peranan penting dalam menjelaskan isu berlegar disekitar kita pada hari ini. Media sosial terutama telefon bimbit hari ini digunakan untuk menyebar maklumat tidak sahih sehingga menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh. Lebih 200 orang guru muda telah hadir mengikuti program berkenaan di Dewan Orang Ramai Kuala Selangor yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Ishak bin Harun.

Menurut penyelaras program, Puan Norhaslinda Nordin, program ini memberikan input berguna berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan memahami cabaran masa depan pembangunan pendidikan negara. Hadir sama pada program berkenaan  adalah YBrs. Encik Mohd Sani Husin, Tenaga Penggerak BTN dan Encik Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

BERITA / FOTO Oleh: Norhaslinda Nordin

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top