Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

TANJONG KARANG, 18 Apr. – Siri jelajah ‘Terima Kasih Cikgu’ telah memberikan penghormatan tertinggi buat warga pendidik negeri Selangor apabila jasa dan penglibatan mereka dalam mencorak masa depan negara dihargai. Program telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang, Selangor dihadiri hampir 200 orang guru sekitar daerah berkenaan. Menurut penyelaras program iaitu Encik Shafrul Hj. Kadir yang juga merupakan Pemangku Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor, program berkenaan ternyata berjaya memberikan pengalaman yang cukup berharga bagi meletakkan pengorbanan guru yang sangat besar.

Program berkenaan telah melibatkan beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Guru Aktif 1 Selangor (GAIS), Guru Muda 1 Malaysia (GM1M), Unit Perancangan Ekonomi (ICU) serta BTN sendiri. Program himpunan ini turut diisi sesi wacana minda dan perkongsian daripada guru-guru berpengalaman lama dalam bidang pendidikan. Perkongsian menarik meliputi pelbagai isu dijelaskan secara sembang santai dan harmoni. Ilmu kenegaraan turut disuntik dalam diri peserta program agar golongan pendidik memahami aspirasi negara pada peringkat asasnya.

BERITA / FOTO Oleh: Norhaslinda Hj. Nordin

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top