Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEPANG, 12 April – Telah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam menjaga pertahanan negara ini dan ianya bukan hanya terletak pada bahu mereka yang bertugas di Kementerian Pertahanan. Dalam mendaulatkan negera ini daripada dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, seramai 70 orang warga kerja Kementerian Pertahanan telah hadir ke Program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang. Program selama 4 hari ini bermula pada 9 April dan berakhir pada 12 April 2017 dikendalikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, Encik Mohd Hisyamuddin Basabah.

Menurut beliau, sepanjang program berlangsung peserta memberikan komitmen yang amat tinggi dalam memahami Dasar Pertahanan Negara yang dijelaskan dalam sesi bersama Kementerian Pertahanan. Turut diadakan sesi psikologi daripada Kementerian Pertahanan. Program ini adalah bertujuan untuk membina semangat kerja berpasukan serta menerapkan nilai profesionalisme dan etika kerja dalam suasana sihat. Peserta juga ditingkatkan tahap pemahaman mereka dengan masa depan negara ini melalui sesi Wacana Minda bertajuk “Hala Tuju Negara” yang disampaikan oleh penyelaras program. Hadir sama pada program ini YBhg. Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara.

 

FOTO oleh: Mohd Hisyamuddin Basabah

SALAH SATU MODUL: Atas pengorbanan orang terdahulu, kita mampu hidup dalam suasana aman dan makmur pada hari ini. 

 

KONDUKTER: Ketika kita berkuasa, kita mampu lakukan apa sahaja, namun jika kuasa jatuh kepada penjajah, siapa pun kita, ia tidak bermakna lagi. 

 

Atas prinsip perpaduan dan keharmonian, kita masih kekal rakyat kepada negara bernama Malaysia. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top