Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KLANG, 14 April – Bidang dan tanggungjawab sebagai penjawat awam bukan hanya ketika di pejabat, namun peranan dan tanggungjawab mereka adalah 24 jam dalam 7 hari seminggu. Ini bermakna, penjawat awam perlu menjaga tingkah laku, tindakan, tugas dan sebagainya sepanjang masa kerana mereka membawa nama jabatan atau bertugas dalam sektor kerajaan yang sentiasa diperhatikan oleh orang awam. Hal ini diterapkan kepada Kumpulan Sokongan Gred 11-38 yang telah selesai menamatkan Bengkel Pemantapan Profesional di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang.

Menurut penyelaras program Encik Muhammad Elyas Sulaiman, seramai 60 orang kakitangan BTN Ibu Pejabat, Zon Tengah dan Zon Selatan telah menghadirkan diri dalam bengkel ini yang bermula dari 10 hingga 14 April 2017. Turut berlangsung sama adalah Kursus Intergriti terdiri daripada peserta yang sama. Hadir merasmikan program berkenaan adalah Tuan Haji Mohd Noor Rashid bin Mat Taharim (Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Transformasi).

Menurutnya lagi, program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan tugas hakiki kumpulan sokongan Gred 11-38 melibatkan penulisan dokumen rasmi seperti  surat rasmi, memo dan minit mesyuarat. Mereka juga didedahkan dengan pembudayaan keselamatan perlindungan dokumen mengikut Akta dan Peraturan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Peserta program telah ditaklimatkan mengenai garis panduan dan membudayakan persekitaran kerja yang sihat tanpa diambil tindakan integriti.

Selain itu, peserta program telah dibantu dengan slot Sistem Pengurusan Kursus (SPK) iaitu Tanggungjawab Setiausaha Kursus: Isu, Masalah, Hala Tuju Penambahbaikan dalam Sistem Pengurusan Kursus. Bagi pihak pengurusan tertinggi BTN mengharapkan agar peserta program dapat terus melaksanakan tanggungjawab dan peribadi sebagai penjawat awam yang berintergriti serta menyumbang bakti dengan tinggi ketelusan dalam suasana kerja yang sihat.

 

FOTO oleh: Muhammad Elyas Sulaiman

Peserta Bengkel bergambar kenangan dengan Timbalan Ketua Pengarah BTN, Tuan Hj Mohd Noor Rashid Mat Taharim di Klang, Selangor.

 

TKP(PT) menyampaikan sumbangan cenderahati kepada penceramah Arkib Negara Malaysia, En Ahmad Zulhazri bin Healm

 

Dalam sesi Brain Storming, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi meneliti kajian kes.

 

Peserta program memberikan tumpuan kepada Wacana Minda yang disampaikan oleh penceramah jemputan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top