Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KLANG, 05 Mei– Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan, Muzium Negeri Sembilan,Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah bekerjasama dalam penganjuran program Latihan Transformasi Negara Penjawat Awam Kerajaan Negeri Sembilan. Program ini telah dihadiri seramai 88 orang peserta yang mana penyelaras program adalah Encik Kamarulariffin Harun@Halim, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Sembilan. Program telah berlangsung selama empat hari bermula pada 2 Mei 2017 di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang.

Menurut beliau, program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pemahaman terhadap pengetahuan kenegaraan dan kepentingan semangat patriotisme serta mengamalkan dan menggerakkan usaha yang berterusan berteraskan semangat kenegaraan selaras dengan agenda transformasi perkhidmatan awam. Berikut merupakan pengisian program sepanjang 4 hari peserta berkampung di Institut Kepimpinan IM4U Meru:

Pengisian:

1)    Wacana Minda 1: “Negara Bernama Malaysia” oleh En Rahman b. Omar PPK BTN Negeri Sembilan.

2)    Wacana Minda 2: “Adat dan Cabaran Semasa” oleh En. Aziz b. Mohd Gorip Pemangku Pengarah Muzium Negeri Sembilan.

3)    Wacana Minda 3: “Ancaman Keselamatan” oleh DSP Md Khairudin b. Hussin Timb. Pengarah  Cawangan Khas PDRM IPK Negeri Sembilan.

4)    Wacana Minda 4: Integriti Penjawat Awam dan Cabarannya oleh En Mohd Zamir b. Ahmad Zamid Pegawai SPRM Negeri Selangor.

5)    Wacana Minda 5: Negeri Sembilan Maju Dan Moden 2045 oleh Pn. Hidayah bt Fadzil Pegawai UPEN Negeri Sembilan.

6)    6 Slot tazkirah yg disampaikan oleh Ust Dr. Hj Shamsul Azhar dan Ust Abd Hamid Jaaman TP Negeri Sembilan.

7)    6 Slot PKPK dikendalikan oleh TP Negeri Sembilan.

FOTO Oleh: Kamarulariffin Harun@Halim

Elemen kerohanian turut diterapkan dikalangan peserta program yang terdiri daripada Penjawat Awam Negeri Sembilan.

 

Pendaftaran peserta pada hari pertama program di Dewan Putra 1Malaysia, Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang.

 

Peserta program menyanyikan lagu patriotik ketika awal sesi ketika program berlangsung di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top