Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KLANG, 09 Mei– Seluruh kakitangan di Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor telah menganjurkan program Sukan BTN Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESBI) BTN Negeri Selangor di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang. Pelbagai aktiviti telah dilalui antaranya sukan rakyat seperti teng teng, galah panjang, baling selipar, bowling kelapa, batu seremban dan main guli. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kakitangan dan mengetengahkan kembali permainan sukan rakyat yang semakin lapuk ditelan zaman.

 

FOTO Oleh:  Norhaslinda Nordin

Permainan Rakyat congkak diangkat dalam program KESBI BTN Negeri Selangor dalam mengeratkan hubungan antara kakitangan BTN Selangor.

 

Kakitangan BTN Selangor yang hadir pada program berkenaan di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang, Selangor.

 

Penolong Pengarah Kanan BTN Selangor bermain teng teng merupakan salah satu sukan rakyat yang semakin lama dilupakan 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top