Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA SELANGOR, 06 Julai –Perpaduan dalam negara ini yang telah sekian lama wujud harus dipulihkan melalui guru muda yang baru menceburkan diri dalam alam pendidikan. Peranan mereka amat besar dalam mencorak warga Malaysia dengan nilai murni seawal usia pelajar di bangku sekolah lagi. Usaha ini dikukuhkan lagi melalui penganjuran Seminar Cinta Negara Guru-Guru Muda 1Malaysia Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Program dikendalikan oleh Puan Norhaslinda Nordin ini telah dihadiri seramai 124 orang guru muda sekitar daerah tersebut berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mat Safian, Pegawai Pendidikan Daerah ini disertakan sama sesi Wacana Minda yang disampaikan oleh Encik Sulhairil Hafiz Sulaiman dengan tajuk “1Malaysia Melalui Perlembagaan Persekutuan”.

 

 

FOTO Oleh : Norhaslinda Nordin

Peserta yang hadir terdiri dari Guru Muda 1Malaysia tekun mendengarkan perkongsian daripada penceramah jemputan.

 

Penyelaras Program (kiri) Puan Norhaslinda bersama sama barisan urus setia Pejabat Pendidikan Daerah dan penceramah jemputan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top