Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

HULU SELANGOR, 08 Julai –Lebih 500 orang hadir dalam satu program sewang meraikan adat orang asli yang berlangsung di Kampung Orang Asli Bukit Manchong, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Program ini melibatkan tiga agensi berkerjasama menganjurkannya iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor, dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Hadir sama pada program tersebut adalah YB. Dato’ P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor merankap Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia; YB. Datuk Hj. Mat Nadzari Ahmad Dahalan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Kali; YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN.

Turut diraikan pada program berkenaan adalah pasangan pengantin Mohd Hafiz dan Norsuhaida dari suku kaum Temiar yang disatukan pada hari yang sama. Pasangan ini merupakan anak buah kepada Tok Batin Kg Orang Asli Kg Bukit Manchong. Adat istiadat perkahwinan yang julung kali dapat diihat ini menjadikan ianya satu yang unik untuk dikongsi bersama dengan wakil rakyat kawasan serta masyarakat setempat. Program ini juga adalah merupakan kesinambungan daripada program Ziarah Kasih Ramadhan yang telah dijalankan semasa bulan puasa yang lepas.

 

 FOTO Oleh: Lukman Amran

Barisan VVIP yang hadir meraikan program yang dirancang dan dilaksanakan di Kg. Orang Asli Bukit Manchong, Hulu Selangor.

 

Dato' P. Kamalanathan, Datuk Hj. Ibrahim Saad dan Datuk Hj. Mat Nadzari Ahmad Dahalan hadir meraikan majlis adat.

 

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad menepung tawar kepada mempelai yang diraikan pada program tersebut. 

 

Dato' P. Kamalanathan ditemuramah oleh wartawan mengenai program yang diadakan ini. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top