Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KLANG, 14 Julai –Berasas dari modal insan cemerlang, negara ini bakal menyambut kemerdekaan negara yang ke 70 tahun. Hasilnya pada hari ini kerajaan mampu menaja seramai 138 mahasiswa melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda ke luar negara. Bahagian Mahasiswa dan Belia, Biro Tatanegara diberikan tanggungjawab membimbing mereka dalam hal pengurusan diri dan kenegaraan melalui program Latihan Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Agus Putra bin Apandi, Pengarah Bahagian Mahasiswa dan Belia dan dikendalikan oleh Encik Muhammad Suhaimi Abd Rahman.

Antara pengisian program adalah seperti berikut:-

1) Wacana 1 - Negara Bangsa Malaysia oleh Tuan Agus Putra bin Apandi, Pengarah Bahagian Mahasiswa Dan Belia

2) Wacana 2 - Gagasan 1 Malaysia oleh En. Sa'id Hasan bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa Dan Belia

3) Wacana 3 - Negara Maju oleh En. Md Najib bin Rubin, Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa Dan Belia

4) Wacana 4 - Keluhuran Perlembagaan oleh  Nurhafizah binti Mohd Fadzil, Penolong Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat

5) Sesi PKPK (9 slot) bersama fasilitator jemputan

6 ) Sesi Kuliah Kenegaraan (5 slot) bersama pentazkirah jemputan

 

FOTO Oleh: M.Suhaimi Abd Rahman

Sesi riadah peserta program bersama sama jurulatih BTN di Padang Kawad Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang, Selangor.

 

Perkongsian maklumat daripada pegawai BTN di Dewan Putra 1Malaysia, Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang, Selangor.

 

 

Peserta program bergambar kenangan bersama-sama penceramah jemputan di Dewan Putra 1Malaysia.

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top