Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

SEPANG, 23 Julai –Program Latihan Khidmat Negara yang diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia telah berjaya melahirkan jiwa muda yang lebih patriotik dan bersemangat untuk terus mempertahankan negara ini. Hasilnya, terlahirlah Bridged Sukarelawan Khidmat Negara yang telah hadir bagi program Latihan Transformasi Negara yang dikendalikan oleh Encik Mohd Shafei Yaakob dari Bahagian Pemimpin Masyarakat, Biro Tatanegara (BTN), Putrajaya. Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 Julai ini telah dihadiri seramai 87 orang terdiri daripada bekas peserta PLKN dan program berlangsung di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang, Selangor. Peserta program telah diperkasakan lagi pemahaman mereka mengenai nilai patriotisme melalui Wacana Minda yang disampaikan oleh Encik Azrizal Mohd Radzi bertajuk “Perlembagaan Persekutuan”, manakala Wacana Minda bertajuk “Negaraku” telah disampaikan sendiri oleh penyelaras program. Melalui program ini, mereka diharapkan lebih sayangkan negara ini atas prinsip sukarelawan dan semangat Negaraku.

 

FOTO Oleh: Mohd Shafei Yaakob

Semangat sukarelawan di PLKN terus disuburkan melalui program di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang Selangor.

 

Mereka adalah pewaris pertahanan negara dan terus berjuangan dengan semangat sukarelawan PLKN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top