Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KLANG, 26 Julai –Penyampaian maklumat kepada peserta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) harus berfungsi sebaik mungkin supaya ianya lebih berkesan. Atas hasrat itu, RISDA dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Pemimpin Masyarakat RISDA di Institut Kepimpinan IM4U, Klang, Selangor. Seramai 98 orang peserta telah hadir berprogram dari 24 hingga 26 Julai 2017 yang dikendalikan oleh Puan Noni Mohamed, Penolong Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat, BTN. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi RISDA. Hadir berkongsi pengalaman dan dapatan adalah YBhg, Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN dan Encik Abdullah Zainal, Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran dan Korporat RISDA. Input perlembagaan dan kenegaraan turut diterapkan kepada mereka supaya menjadi barisan kepimpinan yang berkesan dan cintakan tanahair.

 

FOTO Oleh: Noni Mohamed

Pengerusi RISDA dan Ketua Pengarah BTN berdiri menyanyikan lagu RISDA bersama peserta yang hadir. 

 

Peserta program bergambar bersama-sama vvip yang hadir di Dewan Putra 1Malaysia Institut Kepimpinan IM4U, Klang.

 

Aktiviti riadah petang turut dilaknsanakan bersama sama barisan jurulatih program di Padang Kawad Institut Kepimpinan IM4U.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top