Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SHAH ALAM, 22 Ogos -Sejarah tercipta antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Biro Tatanegara (BTN) apabila satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman telah berjaya dilaksanakan. BTN diwakili oleh Ketua Pengarahnya iaitu Datuk Hj. Ibrahim Saad dan Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, En. Mohd  Hasan Mohamed manakala UiTM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said dan Prof. Madya Dr. Amer Shakir Zainol. Majlis telah disaksikan oleh YB. Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YBhg. Datuk Nik Ali b. Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi. Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Tuan Hj Mohd Noor Rashid Mat Taharim, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Tranformasi, BTN.

Tujuan utama majlis ini adalah sebagai jalinan intelektual antara kedua-dua pihak bagi berkongsi kepakaran dalam usaha peningkatan elemen patriotisme dan pendidikan kenegaraan dalam kalangan warga negara. Selain itu, BTN diberi tanggungjawab dalam pelaksanaan program latihan kepimpinan kepada pengurusan tertinggi akademik dan pengurusan UiTM selain pemimpin mahasiswa universiti berkenaan.

FOTO Oleh : Ahmad Shukri Adnan

Kedua-dua agensi terlibat menandatangani memorandum persefahaman di UiTM, Shah Alam, Selangor.

 

UiTM dan BTN bertukar-tukar memorandum persefahaman disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Ketua Pengarah BTN menyampaikan cenderahati kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top