Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEPANG, 24 Ogos –Pengoperasian berkesan Biro Tatanegara (BTN) adalah menjadi tanggungjawab semua pihak tidak kira gred jawatan mahupun kedudukan kerana setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing. Oleh sebab itu, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Kerja Berpasukan dan Kaedah Pengurusan Buku Log kepada Pengurus Kem, Pemandu, Pembantu Opersasi dan Pembantu Awam di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang, Selangor. Program yang diselaraskan oleh Encik Muhammaad Elyas Sulaiman ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Transformasi, Encik Mohd Noor Rashid Mat Taharim. Seramai 190 orang peserta telah hadir sepanjang program berkenaan berlangsung.

Menurut penyelaras program, mereka telah diberi pendedahan dan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing serta diberi pengetahuan mengenai kaedah pengurusan buku log mengikut garis panduan dan prosedur yang betul. Dalam situasi harian, mereka tidak lari dari mengalami tekanan dalam pekerjaan. Maka satu sesi pengurusan emosi bagi meningkatkan produktiviti dan cara menangani emosi telah dijalankan pada bengkel berkenaan. Antara lain aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bengkel adalah teori dan amali, perbarisan pagi, ice breaking serta aktiviti kerja berpasukan.

FOTO Oleh: Muhammad Elyas Sulaiman

 

Bergambar kenangan bersama Pengurus - Pengurus Kem BTN Seluruh Malaysia sempena Bulan Kebangsaan ke-60.

 

Timbalan Ketua Pengarah BTN menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta program selesai bengkel berlangsung.

 

Peserta program mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Jurulatih Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang, Selangor.

 

Penyelaras Program menyerahkan Jalur Gemikang kepada penceramah jemputan selesai sesi beliau.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top