Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LANGKAWI, 27 Ogos – Seramai 127 orang pelapis kepimpinan masyarakat Kuala Langat dibentuk bagi meneruskan agenda Transformasi Nasional 2050 sepertimana yang diharapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak awal tahun ini. Mereka dibentuk bagi membantu dalam pelan transformasi tersebut di Kem Bina Negara Langkawi dari 25 Ogos hingga 27 Ogos 2017 dibawah kendalian Encik Mohd Sufian Abu Hassan, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor. Pelbagai pengisian telah dilalui oleh peserta program seperti sesi wacana minda serta latihan dalam kumpulan. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Sulaiman Mohd Karli, Ketua Pemimpin Masyarakat Kawasan Kuala Langat.

FOTO Oleh: Mohd Sufian Abu Hassan

Peserta terdiri daripada generasi muda dibentuk dalam merencana kepimpinan pewaris Transformasi Nasional 2050.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top