Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEPANG, 28 Ogos –Seramai 350 orang mahasiswa Universiti Teknologi Mara seluruh Malaysia berkampung di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang bagi menzahirkan hasrat mereka membentuk jati diri dan meningkatkan tahap kepimpinan mereka sabagai bakal pewaris negara. Program anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Selangor itu berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos 2017 dikendalikan oleh Encik Mohd Yuhanis Mohamad Yusof, Penolong Pengarah BTN Negeri Selangor. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Professor Dr. Ibrahim Abu Shah, Senator Dewan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Minda. Program ini berjaya meningkatkan semangat patriotisme peserta dan meningkatkan semangat kepimpinan meliputi kerja berpasukan demi merialisasikan Dasar Transformasi Nasional 2050. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Muhammad Khairun Aseh Che Mat, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir sama pada program berkenaan adalah YBrs. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor UiTM.

FOTO Oleh: Mohd Yuhais Mohamad Yusof

YBhg. Datuk Muhammad Khairun Aseh Che Mat, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia bersama-sama peserta program.

 

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Professor Dr. Ibrahim Abu Shah, Senator Dewan Negara.

 

Sesi diskusi bersama-sama dengan bekas pemimpin pelajar yang juga merupakan bekas mahasiswa UiTM. 

 

Peserta program mengaminkan bacaan doa pagi bagi mendapat berkat program berkenaan setiap pagi. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top