Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEPANG, 29 Sept. – Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan terus berkerjasama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi memastikan perancangan kerajaan Negeri Sembilan Maju dan Moden 2045 tercapai. Bagi merealisasikannya, program Latihan Transformasi Negara siri ke 31 melibatkan penjawat awam kerajaan telah berlangsung pada 26 hingga 29 September 2017 di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang, Selangor. Program dikendalikan oleh Encik Kamarulariffin Harun@Halim, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Sembilan dengan kehadiran peserta seramai 93 orang. Pemahaman jelas mengenai misi dan visi kerajaan negeri diterangkan melalui beberapa sesi wacana minda bagi menggerakkan usaha yang berterusan berteraskan semangat kenegaraan dan Dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).  Antara agensi terlibat dalam pembentangan tersebut adalah Unit Pembangunan Ekonomi Negara (UPEN), Muzium  Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta BTN sendiri dengan kepakaran masing-masing.

FOTO Oleh : Kamarulariffin Harun

Sesi riadah peserta program bersama-sama barisan jurulatih di Padang Kawad Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang.

 

Peserta program berhimpun di Dewan Auditorium Kem Bina Negara Tg. Rhu bagi sesi Wacana Minda.

 

Sesi Tazkirah selepas solat mahgrib daripada penceramah jemputan terdiri daripada Tenaga Penggerak BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top