Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SUBANG JAYA, 06 Dis. – Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad menyambut baik pelawaan pertemuan membincangkan kerjasama dua hala antara agensi bersama Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. YBhg. Datuk Azman Ismail menyambut kehadiran YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN di Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad di Subang Jaya. Hadir sama pada pertemuan berkenaan adalah Pegawai Kanan kedua-dua belah agensi dan mereka telah berkongsi makluma sebagai jalinan kerjasama pada masa akan datang. Kerjasama melalui Strategik Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS ini telah lama dipraktikan antara agensi supaya setiap agensi bergerak secara berkumpulan dan bukannya bergerak secara bersendiri. Melaluinya juga, kos dapat dikurangkan dan secara tidak langsung berjaya memberikan khidmat terbaik kepada setiap pelanggan mereka.

FOTO / Berita oleh:  Haslizar Bin Rozally

Barisan kepimpinan dua agensi bergambar bersama-sama barisan pegawai kanan lain di lobi Plus Bhd.

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top